Sunday, May 6, 2007

Bakal Berlangsung! The making of 5A!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua !

Anice Training centre ( KL ) bakal menganjurkan satu program motivasi kecemerlangan pelajar pada bulan Julai 2007. Program pertama khas untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program yang diberi nama 'The Making of 5A' akan berlangsung selama satu hari.

Promosi akan dijalankan bermula bulan Jun secara besar-besaran di seluruh kawasan Kuala Lumpur. Program ini akan mendedahkan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan peperiksaan, cara belajar berkesan menjelang peperiksaan, skill pengurusan masa yang berkesan, motivasi terbaik menjelang peperiksaan dan penampilan istimewa dari Hafiz ex-UNIC.

Program bakal diadakan di Auditorium Utama,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Tarikh akan ditentukan kemudian.

Yuran penyertaan adalah hanya RM80 seorang. Memang berbaloi! Termasuk buku nota, artikel, handbook, fail, alatulis, tag nama, dan makan tengahari. Bonus! Persembahan nasyid percuma dari artis nasyid pop terkenal tanahair, Hafiz Hamidun!

Teruskan melayari PelajarCemerlang.blogspot.com untuk maklumat semasa.!

Jangan lepaskan peluang keemaasan ini untuk sama-sama mencipta kejayaan! Jadilah salah seorang yang menangis kerana kejayaan dan kegembiraan bila keputusan diumumkan nanti!

-Pada bulan Ogos dan September akan berlansung pula The Making of 9A dan 12A! untuk pelajar PMR dan SPM!

Untuk sebarang maklumat lanjut hubungi Saudara Mohammad Ikrami ( 013 256 5652 )